Wednesday, March 30, 2011

~ Disebalik Pemberian itu ~

As Salam semua..

Hai, me nak tanya ade ke sesapa kat sini yang tak suka bila dapat hadiah. Sila angkat tangan. Dan Pernah tak kamu-kamu semua dapat sesuatu daripada seseorang disebabkan oleh sesuatu. Contoh ler Birthday kamu, kamu dapat banyak hadiah and yang penting dapat spesel hadiah dari insan-insan tersayang. Thats normal la kan. Sapa tak suka bila dapat hadiah.

Tapi kes me ni sangatlah berbeza, tanpa hujan dan ribut, tanpa birthday date or spesel date, me dapat hadiah daripada en.suami. Terkejut gak beb. Tapi hadiah ni me dapat bulan Januari lepas. Hadiahnye bukan emas permata, intan berlian, (Nampak sangat mata ni hanya berminat pada yang berkilau-kilauan…omg) but dapat enset baru. Thanks en.zarmiza.

But, baru dua tiga minggu lepas me dapat tahu kenapa dia belikan me enset tu. Rupa-rupanya dia tak mau me mengganggu konsentrasinya bermain game di FB. Uhuk, hantu game betul en.suami me tu kan. Dan sememangnya sejak me ada enset tu, me sgtlah tidak berpeluang membuka FB me di lappy and my frenz pun dah ssh nak tengok kelibat me kt room chat tu. So, secara tidak langsung, me juga terhalang untuk berblog (Aha..satu alasan baru). Bila aku nak guna laptop tu, sure en.suami akan cakap

“ala, xde gunalah abg belikn enset baru tu, bayar monthly bill lagi..tepi-tepi abg nak main game nih.”

“susahlah nk update blog kat enset tu”

“tapi boleh kan”

Uhuk, tengok la, tak nak bagi peluang langsung. Memang la boleh, tapi mataku yang cantik bundar ini (sila jangan muntah), akan bertukar jadi sepet dan akan bertambah rabun. (relevan ke alasan ini??).

So, sesapa yang dapat hadiah tanpa sebarang sebab, berhati-hatilah, pasti ada udang di sebalik mee kamu tu. Bukan apa, me risau u all tercekik dengan udang tu nanti. Ahak..sekian untuk hari ni.


p/s : sesaja merapu di pagi hari rabu..:)

2 comments:

mummyzara said...

haha kesian sue..

ada makna ghupanya ya
kalau tau baik minta enpon yg mahal2
hehe..

suSuEmIMiE said...

Haha..itulh..klo thu cmtu..awl2 lg mntak ipad..hihi..xpelh b'syukur dgn apa yg ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...