Saturday, April 30, 2011

Bila aku tanpa kamu,

Karya yg i tulis ini adalah yg terlintas dengan spontan di dalam fikiran i skrg. Sesaja i mengisi masa terluang tanpa en.suami di rumah ini :

Bila tuntutan kerjamu memanggil mu, ku ditinggalkan bersendirian tanpa kamu. tp ku tahu itulah tuntutan kerjamu yang menjadi punca rezeki untuk aku dan kamu. Dan tika ini bila ku bersendirian  Hatiku mula gelisah, perasaan takut mula mengaburi kalbu,  telingaku mula aktif mendengar dan mengamati setiap bunyi dalam rumahku, mulut ku kini terkunci bisu dan hanya jari bersua dibutang lappyku, mata ku bersilih ganti menatap lappy dan samsungmu yang satu. Aku sunyi tanpa kamu. Memang ku sedar betapa pentingnya kau di disisiku. Gurauanmu sering mencuit hatiku. Paling kau suka mengejekku dan mengusikku adalah kaki ku nan satu yang hitam dan kelabu. Hahahahah..

Tapi ku tak kisah kerna tapak kakimu lagi menggerutu tajam merosakkan karpetku. Itulah kamu. Dan paling ku rindu adalah bunyi kentutmu boommu yg selalu mengundang gelak besarku. Letupan boom mu selalu menghala ke arah diriku. Nasib la tak de bau. Lantas dengan itu, lenganmu lebam terkena cubitanku. Itulah aku tanpa kamu disisiku. Sentiasa mengingati tingkah laku, Sentiasa merinduimu di setiap saat dan waktu. Walau sebentar tadi, waktu rehatmu kau keluar dari tempat kerjamu untuk dating di kedai mamak bersama ku.Dan sesungguhnya ketahuilah betapa aku sayang dan cinta padamu. Kau lah raja dihatiku. 

:: sorry en.hubby if karya ini mengundang rase tidak senang dihatimu. Tapi yg pasti, kau tahu yg aku sentiasa menyayangimu. ;)

Wednesday, April 27, 2011

Obesiti Kanak-kanak

Assalamualaikum...

Hum, sebelum nak melelapkan mata ni, sambil duk melayan Soal Jawab kat tv3.,  terus je i dapat idea utk update entri ni. Hehe.. Wah, nampaknya masih belum reda dengan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Tapi merujuk kepada tajuk-tajuk berita di akhbar, rata-rata menyatakan kantin sekolah menjadi punca berlakunya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. So, apa pendapat kamu semua?

Pada pandangan aku je la, banyak faktor yang menyebabkan perkaranya ni berlaku. Kantin Bukan sepenuhnya menjadi penyebabnya. Sebenarnya, pada saya kesedaran kepada para kanak-kanak adalah tunjung utama dalam mengatasi masalah ini. Kesedaran ini perlu bermula daripada semua pihak seperti ibu bapa, masyarakat, badan kerajaan dan bukan kerajaan dan lain-lain. Kanak-kanak ini perlu diterap dengan cara pemakanan sihat, menyedarkan mereka tentang kesan yang berlaku sekiranya makanan yang tidak berkhasiat  like jajan, burger, sosej, nuget,dan sebagainya diambil secara berlebihan. 

Selain itu, ibu bapa perlu bijak dalam mengawal dan memantau pemakanan anak-anak, cara pemakanan yang diamalkan di rumah disusuli dengan didikan di sekolah agar kesedaran ini diberi secara berterusan bagi memberikan kesan yang lebih positif kepada pelajar. 

Selain itu juga, aktiviti bersukan perlu ditingkatkan. Jika dilihat rata-rata sekarang kanak-kanak lebih cenderung kepada "games" di komputer dan juga PSP or PS1, PS2 dan sebagainya. Itu juga merupakan punca berlakunya obesiti selain daripada pemakanan. Apa jua pun, disimpulkan sampai mati, kerjasama daripada semua pihak perlu diperkukuhkan bukan hanya menunding jari antara satu sama lain. Sekian.

~ sdg berfikir, siapalah yg akn jd pemantau makanan di kantin sekolah nanti..erk????....

Sweet Sour

Assalamualaikum semua..

ha, mlm ni nak share malam tadi punya cerita. Apa da, kalo jadi reporter sah-sah awal-awal lagi dah kena reject. Cite dah basi baru nak update. klako la. tapi tak kira, nak cite jugak.

Bukan apa, sayang-sayang ku sekalian, i ni terlebih excited bile berjaya menghasilkan masakan yang tak pernah aku buat. First buat, terus meletop-letop bestnyer. hek eleh, angkat bakul sendiri lak. yelah, kalu korang aku tak puji, sapa yang nak puji kan.Hanya pujian dari en.suamilh yg buat diri ini berada di ambang angin perasan. sila tampar pipi saya.asyik nk bangga diri je.

malam tadi i berjaya hasilkan ikan bawal masak sweet sour. ehek, itu pun nak kecoh kan. tapi Meletop beb (perasan lagi, sila  bagi penampar kapit). Tak pe, tak kira korang nak bace ke tak, aku nak gak share resipi tu yg aku dapat daripada mak cik aku.
1. kamu-kamu sila goreng ikan yang dah dilumurkan kunyit dan garam. goreng kasi garing yer. Dan asingkan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, biarkn bawang tersebut sedikit kekuningan, 
3. masukkan bawang besar di potong dadu, bawang putih, halia dan cili yang telah dipotong. goreng seketika
4. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos masam manis dan sedikit kicap. 
5. masukkan sedikit air, gula, garam dan tok aji (sekiranya mahu)
6. kemudian masukkan nenas (tin) yang telah disejat airnya. dan biarkan ianya mendidih dan masukkan ikan yg digoreng tadi.
7. Apalagi yang ditunggu, boleh le makannya. 

Makan punya makan bersama en.suami, bila tinggal tulang je,baru tepuk dahi, aku lupa nak snap pic. So, tak de pic la nk share ngn korang. heheh.sekian terima kasih.

Monday, April 25, 2011

Moga dibukakan Pintu Hatinya,

Assalamualaikum frenz, hari ni aku nak sharing tentang perasaan riang gembira di hati aku ni. So, jom layan.

Masa study dulu, i have frenz from sarawak and she is Free Thinker. Kiranya dia tu salah seorang daripada 5 geng dalam group assngment aku dan memang ke mana-mana pun kami selalu bersama. Memang kami berkawan dari Semester 1 hinggalah tamatnya belajar (4 tahun). Dan perhubungan itu, tidak sampai di situ saja. Kami masih berhubung dan sering kali juga berjumpa sebab sekarang, dia dah jadi orang satu daerah dengan aku. 

Seingat aku hari pertama bulan puasa tahun 2009, dia call aku and say her name is Nur Addinni. Waktu tu aku kat sekolah, mase berita gumbira itu disampaikan, aku terduduk dan menangis. Dan wkatu tu juga aku tak tau dah nak cakap apa. Rase sangat bersyukur kepada Ilahi kerana telah mendengar doa aku untuk dibukakan pintu hatinya memeluk islam.

Semasa berkawan dengannya, aku Nampak dia agak cenderung untuk kenali islam. Pada semester 3, aku pernah suara kan perkara tu.  Dengan nada yang agak kurang senang, dia nyatakan yang dia tak akan convert mana-mana agama dan family nya juga tak akan terima perkara tersebut. So, after that’s aku dah tak pernah tanyakan perkara tu. Then bila aku perhati kan dia, sewaktu dua semester terakhir (2007-2008) ,dia semakin banyak mengetahui tentang islam dan mula belajar menulis tulisan jawi dan mengenali huruf jawi, mula berpuasa dan kami sering ke bazar ramadhan bersama, dia juga sudah boleh menghafal doa-doa yang mudah seperti doa makan, doa masuk tandas, doa keluar rumah dan sebagainya.

After dia memeluk islam, kali pertama aku jumpanya di besut dan sekali lagi aku menitiskan air mata melihat perubahan yang ketara darinya. dia bertudung litup dengan pakaian yang sangat sopan . dia tersangatlah berubah kerana dulu dia agak kasar dan lasak orangnya. Kalau bukan orang lasak, takkan dia di anugerahkan Leftenan Muda setelah dengan jayanya menamatkan kursus PALAPES di universiti.

Dan hari ini pula aku mendapat berita yang kurang sama di mana salah seorang lagi  kawan aku, kini mula belajar mengenali islam. Mula menghadiri kelas-kelas agama. Aku berasa sangat terharu dan aku juga mendoakan semoga Allah membukakan hatinya untuk terus menerima Islam dan menjadi sebahagian daripada saudara seagama denganku. Sehingga entri ni hampir  sampai ke hujungnya, hati ku ini masih berbunga-bunga gembira dan bersyukur.Sekian

~ sekarang sedang berfikir-fikir nak belikan dia tudung dan baju sembahyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...