Wednesday, September 12, 2012

Burger Bakar


uiks, petang-petang hari ni update pasal burger. Ini burger bukan sebarang burger, ni la burger yang tengah pemes-memes sekarang ni. Tambah glamour bila masuk majalah tiga. Dulu burger ni hanya ada di wangsa maju. Dengar cerita daripada kawan-kawan dan adik saya, kat wangsa maju ni, kena berbaris-baris nak beli burger nih. Kalau lambat, memang berputih mata je la.

Sekarang, Alhamdulillah, di mana-mana pun sudah ada burger bakar. Saya yang selama ni sebuk duk ajak en.suami ke wangsa maju akhirnya tak perlu ke sana. Sebab kat area umah saya dah ada Rawang Burger Bakar (cawangan putra permai). Sesapa yang duk area bukit puchong, seri kembangan boleh la nak mencuba burger bakar nih. Best woooo. 

menyelerakan lah....

Ambik kau nyah!!! sila prektis nganga luas-luas ok...



ini first time mencuba


Opss, kalau nak tahu dimana stall nya, u all cari je kedai Nasi Beriani Gam Johor Putra Permai, bersebelahan juga dengan Ani Sup. Stall Rawang Burger Bakar tu ada depan kedai Nasi Beriani. Tq

Saturday, September 8, 2012

Cerai Berai - Nauzubillah!!

Sekarang masih lagi dalam mood raya. Open house sana sini. Sampai kena buat undi nak pegi umah mana dulu. Waktu macam nilah nak mengeratkan silaturrahim dgn jiran-jiran, saudara mara atau juga kawan-kawan. 

sebut pada cerai berai ,mase open house aritu sibuk menyembang dengan kazen yg kerja di pejabat agama. Sedikit tertarik bila kazen merungut, time bulan puasa je,mula la busy sbb banyak kes cerai yang masuk. Tambah2 dekat2 nak raya then lepas raya. Alasan nak bercerai adalah berebut nak balik raya rumah masing-masing. Terkejut juga dengar benda-benda macam ni.

Yelah sebagai pasangan suami isteri, masing-masing ada keluarga, kenalah bertoleransi. Siapa-siapa pun pasti suka balik rumah mak ayah sendiri berbanding rumah mertua. Alasannya sebab lagi selesa. Tambah-tambah si isteri ni. Memang kalo boleh nak aje balik umah mak ayah sendiri. Malas nak masak pun tak pe sebab mak kita, tido bangun kul 10 pagi pun masih tak malu. tengok tv tergolek sana sini, terbungkam sana sini siapa yg kisah. Tapi bila balik umah mertua semuanya kena terjaga. Tapi apa yg penting janganlah kita mementingkan diri sendiri. Mentang-mentang suami sayang gila kat kita, kita asyik balik rumah kita. Sedangkan suami pun ada mak ayah, ada adik beradik. So, kena toleransilah. Si suami pun nak juga jaga hati mak ayah dan adik beradiknya. 

Berbalik pada si suami pula, janganlah sebab isteri perlu dengar cakap suami, si suami ni menggunakan sepenuh kuasanya menguasai isteri. Suami juga perlu faham hati seorang isteri. Isteri tahu, keutamaannya ialah suami, akan tetapi di dalam hati pasti ada kerisauan menjaga hati mak dan ayahnya juga. Mungkin mak ayah juga faham si anak ini perlu mengikut kata suami. tapi sedikit sebanyak hati orang tua pasti terasa bila anak jarang balik ke rumah atau tidak pernah beraya bersama pada raya pertama selepas berkahwin dan pasti juga mereka rindukan anak-anak mereka.

Bila berlaku macam nilah my kazen bagitahu keluarga akan mula berungut, kiranya bermula campur tangan orang ketiga. Pasangan mula tidak senang dengan rungutan dari family. Then mula lah bermasam muka nak buat giliran balik rumah siapa dulu. Macam saya ni dekat, Alhamdulillah la. Boleh la bergilir-gilir, sekejap balik umah saya, sekejap balik umah suami. If yg jauh tu mesti ada plan yg tersendiri. Mungkin ada yg plan tahun ini dirumah isteri, tahun depan habiskan cuti raya dirumah suami. Ada juga yang 1st n 2nd raya di rumah suami/isteri..raya ketiga balik ke rumah suami/isteri. Itulah namanya toleransi. Masing-masing puas hati. even kadang-kadang ada juga yang bermasam muka suami isteri sebab rumah sini sekejap, rumah sana lama.hihihi..

So, daripada rungutan kazen tadi, saya berharap benda ini tidaklah berlaku pada saya, keluarga saya, saudara mara saya dan juga rakan-rakan saya. Harmonikan rumah tangga dengan toleransi dan sabar agar rumahtangga yg terbina sentiasa bahagia. Namun, jika sudah ketentuan Ilahi jodoh bersama suami/isteri tidak panjang, terima dengan redha. Tapi janganlah terputus jodoh dengan alasan yang simple sebegini. Yela, kadang-kadang kita tidak berada di dalam situasi tersebut, jadi kita tidak merasai apa yg dirasai oleh mereka, yang pasti jangan sesekali berputus asa berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar segala doa-doa kita. wallahua'lam!!

*entri yang diperam lebih seminggu..tak tau masam ke manis ke rasanya...hihihi

Saturday, August 11, 2012

Metformin : Always nak Uwekk!!!

assalamualaikum..

eh, eh, jangan excited dulu dengan tajuk entri nih. Yang ni nak uwek bukan sebab dah preggy. Ni semua nya gara-gara kesan ubat pada saya. Sungguh kuat dugaan bulan puasa ni. Habis je sahur muntah, Gosok gigi muntah. Naik kereta sampai sekolah muntah lagi. Biasanya belah pagi la selalu muntah. Dah abih makanan keluar kot, mula sahaja rasa loya dan mual. Hurm, memang lembik la nak menunggu masa buka puasa. Tapi, after buka puasa tak nak lak dia nak klua balik.Bijak!!!

Sekarang ni saya ambil ubat Metformin, sejenis ubat untuk merendahkan kandungan gula dalam darah lantas dapat meningkatkan sensitiviti ovari dan digunakan untuk merawat PCOS. Untuk ketahui lebih lanjut, saya dah print screen beberapa info daripada blog Dr. Zubaidi 






Itu antara sedikit info yang saya cut dari blog doktor. Kalau nak tahu lebih lanjut sila Klik !! Yang pasti loya-loya dan muntah-muntah adalah berpunca daripada ubat tersebut. Hurmmmmm...

* Harap-harapnya rawatan ini memberi kesan yang positif buat saya. Terima kasih

Wednesday, July 25, 2012

STRESS

Berada di sekolah baru, banyak memberi tekanan kerja buat saya. Nak dibandingkan dengan sekolah dulu, saya lagi suka berada disekolah lama even sekolah tu 25 km sehala. Bezanya bagai langit dengan bumi. Dengan jumlah pelajar yang ramai (3256 org pelajar) membuatkan kaki ni sering tak berhenti melangkah disekolah. 

Di sekolah lama 1.05 pm dan kringgggg je aku dah bawah beg masuk kereta. Dah boleh balik dengan tenang. Tapi disini, kadang2 jam 3 pm masih lagi disekolah. Balik ke rumah dengan keadaan yang tidak tenang, perlu fikir banyak benda yang masih tak disiapkan. 

Bukan berada di sekolah lama, saya tak buat kerja. di sana saya lebih fokus dalam bidang saya, tiada campur tangan daripada pihak lain, melainkan perkara-perkara yang penting dan urgent sahaja. Saya dengan jayanya dapat menjalankan bidang kerja saya dengan tenang. 

Disini, berlainan pula caranya. Bebanan dari sudut lain yang mendatangkan stress pada saya. Bidang kerja saya sudah lari dari landasan sebenar. Kerja-kerja daripada bidang lain, membuatkan saya terkejar-kejar nak menyiapkan kerja dalam bidang saya. Nak menjalankan satu sesi kaunseling sehari dengan pelajar  pun agar sukar. Kena curi-curi masa. Dan buat sesi pun dengan ala kadar sahaja. Kepuasan tiada bila tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan sesi pelajar. Maafkan cikgu....

Membandingkan antara sekolah lama dan sekolah baru, sebenarnya lagi membuatkan saya stress. Namun, biarlah ianya diambil dari sudut yang positif, banyak perkara baru yang boleh saya pelajari. Tekanan yang dihadapi perlu dikawal dengan sebaiknya agar ianya tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental (Nauzubillah). Sentiasalah memandang positif dengan apa yang dilalui. Apa yang saya buat apabila berada dalam keadaan tertekan, saya akan menarik nafas yang panjang dan kebiasaanya balik rumah saya akan buat senaman regangan. 

mengharapkan tekanan yang saya hadapi ni tumbuh untuk seketika sahaja dan berlalu mengikut masa. Sememangnya mengambil masa untuk saya serasi dengan situasi sekarang. Menulis disini pun sedikit sebanyak sudah mengurangkan rasa serabut yg berbelit-belit dlm otak nih.hihi

Berbalik kepada agama kita, pesanan untuk diri sendiri juga, sentiasalah berzikir padaNya dan yakin lah Dia sentiasa mengetahui apa yang kita rasa. Bersujudlah dan mengadu padaNya Yang Maha Mendengar. Alunkan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menenangkan diri dan setelah tamat membaca Al-Quran, saya lebih suka memeluk Al-Quran tersebut dengan kuat dan menarik nafas dalam-dalam, saya dapat merasakan sesuatu perasaan yang sangat menakjubkan. Subhanallah...Sungguh tenang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...