Saturday, February 19, 2011

~Jogging baik untuk kesihatan~

Assalamualaikum ('',)...

Petang tadi, sedang aku duk menyapu sampah depan pintu, tertengok le sorang ayah dan anak-anaknye berjogging kat taman permainan depan rumah aku nih. So, dalam kepala aku duk merewang, tak pernah aku berjogging sama-sama ngan abah aku dulu.

Tapi ada gak satu ketika dulu berkejar-kejaran dengan abah aku bagai orang bercinta zaman dulu kala. Hekk, boleh dikira berjogging gak le sebab berpeluh gak la aku larikan diri.

Alkisahnya, korang nak tau, abah aku dulu tersangatlah garang a.k.a tegas dengan anak-anaknya. Sampai anak nya yang sorang ni takut dengan abahnya macam takut kat hantu. Ahaks, melampau kau su..tak kan sampai gitu skali. Dah lah abah aku tu garang, kami adik beradik ni lak suka bergaduh. Tipu le kalau kamu semua tak penah gaduh dengan adik, abang, kakak kamu mase kecik-kecik dulu.

Aku ni paling kerap bergaduh dengan sorang abang yang atas dari aku tu. Bukan setakat bergaduh mulut, masam-masam muka (tak main la ini macam..tak ganas beb..hahah). Kami, kalu tak baling-membaling, tak tendang menendang, tak tumbuk-menumbuk kira tak sah ler. Sampai pernah aku baling gelas, gunting dan penyapu kat abang aku tuh. Mak aku pun pening tengok aku dengan abang aku tuh.

Tapi bukan aku yang selalu cari pasal, dia je selalu cari pasal. Tak ke tersirap darah korang bila kite syok2 duk tengok tv dia datang je dia ketuk kepala kita, tak pun dia baling kusyen yang berat cam gajah tu kat aku. Pada aku dulu, orang paling jahat dalam dunia nih adalah abang aku yang sorang tu lah. Hahahaha...gile serius bergaduh kan. Penah mase aku kecik-kecik dulu, dia cakap aku nih anak angkat je. Mak aku jumpa aku dalam sampan. Sebab tulah aku sorang yang lain daripada adik-beradik aku (sebab aku sorang je dalam family ade dimple a.k.a lesung batu kt pipi ahaks). So, aku yang masih kurang cerdik tu, terfikir gak, "humm, betul kot aku ni anak angkat." (wakakaka, lucu kan aku dulu)

Ada satu hari tu, kebetulan aku tak de tuisyen. Boleh dia cakap kat abah aku, aku ni ponteng dan menipu. Aku yang memang takut dengan abah aku tu, cepat-cepat bela diri sambil menangis (ceh, lawak kau su, tak ganas pun). Abah aku hanya diam je. Pastu abah aku naik ke tingkat atas. So, aku kat bawah sambung gaduh dengan abang aku. Dia still pertahankan fitnahnya tu utk buat aku bertambah marah. So, kebetulan ade gunting kat meja tu. aku sambil menangis bercakap dalam sedu (alamak kesiannye kau su)

"kenapa kau tak suka dengan aku sangat hah??, kenapa kau benci sangat kat aku??.macam-macam kau tuduh aku, kalau kau benci sangat, ambik gunting nih, bunuh je aku". Ambik kau ayat maut aku bagi kat abang aku.hihihi

Tetiba je aku nampak abah aku berlari turun dari tangga sambil bawak rotan. Abang aku tu sempat masuk bilik dan kunci pintu. So, aku yang masih terkial-kial ambil langkah seribu ler (takkan nak tunggu kena rotan kan..hihihi). Aku pun larilah keliling rumah sambil dikejar oleh abah aku. Cukup satu keliling aku lari masuk rumah dan masuk bilik serta kunci pintu. Aku tak tahu waktu tu abah aku kat mana. Mesti jauh dia ditinggalkan aku..heheheheheheh. Penat beb berlari sambil menangis-nangis. Hahahahaa..Kalo tak caya, cuba korang buat.

Itulah pengalaman aku berjogging dengan abah aku. Sampai petang aku berkurung dalam bilik tu. Last2 mak aku yang suruh aku keluar sebab aku masih tak solat asar. Tu pun nak keluar dah jadi cam tikus je. Intai-intai dulu, nampak clear jer baru keluar.

Tapi seingat aku, lepas dari kes kejar-mengejar tu, abang aku dah kurang sikit kacau aku. Mungkin dia pun terkejut nengok abah aku bertindak begitu. Akibat selalu gaduh, aku sangatlah tidak rapat dengan abang aku sehingga aku habis sekolah menengah. Tapi sbila dah umor masuk 20-an, semuanya dah ok.Tak de dah cam jauh diri cam dulu-dulu. Dah boleh baik kembali. Bila balik kampung, kami adik-beradik duk cite kisah zaman dulu kala sure gelak sampai menagis la kitaorang dan sembangnya sampai jam 3 -4 pagi. Itulah rutin tido kami adik beradik bila balik kampung...Hahahahah. Pergh tajuk entri tak sama ngan cerita ler.

Sekian..terima kasih sudi baca:)

3 comments:

Alfreedino Ahmad said...

Hahaha, ingt jogging ke pebendanya. Lepaih ni bleh la men kejar2 dgn Mie...ahaks

suSuEmIMiE said...

hahahaa...g jogging kt tmn bkt jalil jew ler..

... said...

as salam..
adoi..akak punya tajuk, dah lari dari jalan cerita.
hehe..biasa la.air dicincang, tidak akan putus.kalau air ditakung dalam bekas air, baru putus.hahaha :p
oo..kisah silam akak lebih kurang macam saya je. saya ni kecik dulu, memang nakal. nampak je muka baik.adoi..

malam2, pegi kat kubur, terjah makcik2 dengan selubung.memang jahat aa masa tu.adoi..

kelakar juga masa zaman kanak2 :p


http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/02/tuan-direktor-pilih-kasih-eh.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...