Wednesday, February 23, 2011

~ Senyum la sikit...senyum kan satu sedekah ~


Assalamualaikum ^-^

" Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit "

Sure korang tahu kan itu lirik lagu sapa. Dulu first-first lagu ni keluar, aku memang suka gile dengan lagu nih. Sampai en.suami aku cakap, apalah yang best sangat dengan lagu ni. Mana taknya dia cakap cam gitu, sebabnya bila naik je kereta, aku akan pasang lagu ni dan akan ulang lagu ni hingga sampai ke tempat yang dituju. Tak ke naik tension laki aku dengan sikap bini dia yang cute nih. Hihi

Tapi akibat peristiwa semalam, aku rase lirik lagu tu "kalau kita senyum. semua orang berjangkit" masih tak berjangkit kat orang lain la. Aku pula rasa panas je dengan eksiden tuh.

Korang pernah tak alami ekseden camginih. Bila kita senyum kat seseorang, dia buat tak tahu je. Setakat buat tak tahu tak pe lah kot, ni dia alihkan muka kat tempat lain. Dan sampai ke sudah dia tak tengok kita. Bengang tak? Tak tau lah kot-kot korang tak bengang. Tapi aku sangat bengang.



Benda ni bukan berlaku sekali dua je, ni dah kali ketiga. Maklumlah, dia tu masih junior kat tempat kami. So, aku yang senior ni bermanis muka la. Nak cakap dia tak perasaan or tak nampak, dia ah ade extra dua lagi mata. Tak kan tak nampak aku ni senyum kat dia. Boleh dia buat tak tahu. Apa??..buruk sangat ke aku senyum ni? sampai dia takut nak balas senyum kat aku. Tak balas pun tak pe. Tengok pun cukup, Ni nak kata tengok..siap alihkan muka ke tempat lain adalah. Tak pe lah su..sabor je la...


Nasib baik aku tak paksa suh dia senyum camginih



atau aku senyum camginih yg buat dia takut nak tgk aku..hihihi

Bukan apa, kita kan bekerja dalam satu pasukan walau dalam sesi yang berlainan. Apalah salahnya maniskan muka tu sikit. Orang dah bagi senyum, so, hargailah sikit. Nak tunggu dia senyum humm, alamat memang tak senyum lah. Memanglah dalam profesion kerja ni awak kena tegas, tapi dalam tegas tu kena ada juga kemanisan dan kasih sayang. Baru lah harmoni nak bekerja. Tak ke gitu wook ???....

Tambah lak senyum kan satu sedekah dan amalan Rasulullah s.a.w. Jadi amalkan lah ia. Jangan lak sebab senyum satu sedekah, korang pegi kat tabung masjid, korang senyum je. Tak boleh macam tu la. kalau tabung masjid, masukkan duit baru dikira sedekah tau. Hahahah.

Tambah-tambah lagi senyum tu boleh awek muda kan?.. So, mana-mana yang susah sangat nak senyum tu, try-try lah maniskan muka dengan senyuman yup. Kadang-kadang pada aku la, senyum tu salah satu motivasi dan pemberi semangat untuk sehari-hari. Contohnya, bila tengok orang sebelah senyum, ceria dan gembira, kita pun turut terasa tempiasnya dan kalau berada di bank contohnya, orang sebelah senyum, kita pun berani nak bertanya dan bersembang. Tapi jangan salah guna untuk menackle orang lak. Bila yang nak menackel tu kena jual mahal-mahal sikit la.ha3.

Dan pernah aku terbaca satu artikel, untuk mood yang baik sehari-hari, cubalah senyum sewaktu bangun dari tidur. Bayangkan bunga yang paling cantik yang kamu suka atau bayangkan binatang peliharaan yang kamu sayang seperti kucing or bayangkan muka baby-baby yang kecil comey, mungil..bersih, suci, kiut muit...sure kita tersenyum. kan..kan..kan...so, senyumlah...........sekian



Senyumlah seperti bunga ini yg comel



jangan lupa ya!!!

terima kasih.

10 comments:

Alfreedino Ahmad said...

Senyum bleh dapat awek muda ker Sue? hehehehe....

E K A said...

saya pernah jumpa dgn org camtu...maybe saya tak comel kot. tu dia rasa geli je tgk sy...tak pun dia tgh datang bulan

suSuEmIMiE said...

Adam : ha'ah..cube try buat muka msm n muka snyum...sure muke snyum lg cantik dn nmpk muda kan..hi3

eka : comel xcomel tu blakang kira..mcmlh kena byr yg ssh sgt nk snyum kan...kih3, ye kot dtg bulan..:)

Alfreedino Ahmad said...

hehehe, ingat bleh awet muda jer...rupenyer bleh dpt awek muda gak....hihihi sweet 17

Alfreedino Ahmad said...

ingat bleh jd awet muda je, rupenyer bleh dpt awek muda skali...awek yg umur 17 gtu...hihihi

AesyaZealous said...

senyum awet muda..senyum lah selalu :)

suSuEmIMiE said...

adam : ada ht nk cr awek bru lah tu..kih3

aesya : ok..senyum2 selalu...senyum sokmo..:)

~BUTfulsay~ said...

salam.. singgah cnie.. follow u.. sudi2 lah menjenguk ke blog kite yg x seberapa tu ek.. thanks.. seyum sokmo.. hiks.. :)

... said...

as salam..
ohh..agaknya, junior akak, segan kot.
kebiasaannya memang macam tu.kalau bukan segan, tu tandanya tak suka kat kita.selalunya begitu la..takkan tak pandang dengan senyum langsung kan? mesti ada sebab.

cuba2 akak tanya dia.

saya jni jenis tak berani senyum nampak gigi.sebab saya ada gigi taring. kalau ketawa, lagi la jelas.haha.. jadi biasanya, saya senyum2 macam blogger

http://potretachu.blogspot.com

eh.akak, saya ada entri terbaru.kalau akak nak gelak2 baca skrip 'drama' saya,datang la jenguk2 ya ;)

http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/02/tuan-direktor-pilih-kasih-eh.html

suSuEmIMiE said...

butfulsay: ok..dh terjah blog n folo kamu...

... :ehhh...dia xske akk ke..hu3..kena wat siasatan nih..kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...