Tuesday, April 24, 2012

i'm so lucky!!!

Bertuahnya saya punya seorang jiran yang sangat baik even beliau bukan warganegara. Asalnya dari Pakistan, si suami bekerja sebagai doktor, si isteri (kak jemi) suri rumah dan kadang-kadang menjahit, ada dua anak dara yang cun melecun (sampai menarik perhatian kawan-kawan en.suami) dan seorang anak teruna. Si isteri dan si anak sangat fasih berbahasa melayu, hurm, cukup mengagumkan. Si suami lebih prefer berbahasa inggeris. Mula tergeliat lidah saya nak bercakap dengan si suami tu. 

Sebelum masuk rumah ni, waktu tengah basuh, cuci mencuci rumah, kak jemi dah sering hantar-hantar makanan. Sudah pasti makanan yang diberi adalah makanan dari negara mereka. Saya ni, agak kurang dengan makanan yang berempah, tapi encik suami saya sangat suka. Suami penggemar makanan macam ala-ala mamak. Pokok kata, seminggu tak pekena  kedai mamak duduk tak senang macam kucing nak beranak. hihihi..

Bila dah masuk rumah, boleh dikata setiap minggu pasti sekali akan dihantar makanan, Dah diberinya nasi bukhari, nasi beriani, nasi arab berserta lauk-lauknya sekali. Jenuh saya nak membalasnya. Sebab saya tersangat kurang memasak sejak akhir-akhir ni. Banyak makan kedai dan tapau sahaja. So, bila nak hantar pinggan mangkuk jiran, saya buat simple-simple je like bubur, puding, kalau tak sempat pun saya beli je kek gulung, potong-potong dan hantar. Ohw, sangat malas saya ni kan. Bila cite kat mak, berkarung-karung mak membebel.

Kalau ikut kak jemi, disuruhnya saya hantar pinggan kosong. sebab dia sedia tahu saya kurang memasak. Mak aii, malu la saya kalo berantar pinggan kosong. Sekali-sekali waktu free saya duk melepak kat umah dia, tengok dia jahit tudung. dan saya pun pernah hantar tempahan baju kurung moden. Bila baju dah siap, tengok-tengok bermanik pula di baju saya tu. Kak jemi cakap itu hadiah untuk saya, dia ambik upah jahit saja. 

pernah juga saya hantar tudung saya yg rosak awning nya, kak jemi tak ambik upah even tudung yang dihantar sampai tiga helai. Katanya lagi hadiah untuk saya. Saya pun dah naik malu dengan kak jemi. Dan malam tadi pula, Kak jemi bagi saya sepasang Punjabi yang dijahit khas untuk saya. Tak tahu saya nak cakap apa, cukup baik jiran saya tu. Saya pun dah rasa segan sangat dengan dia. En. suami sibuk duk berkira-kira nak berbalas la..nak bagi kain batik untuk kak Jemi. Tegelak besar saya dengan cadangan en suami tu. Sangat lucu suami saya.

 Petang ni pula saya gagahkan diri buat nasi lemak dan sambil bilis. Yeay, berjaya dan memang lulus dengan cemerlang untuk buat bisnes nasi lemak saya tu (sila jangan jealous ok, itu KENYATAAN  o,O). Dan memang masak berlebih-lebih untuk hantar pada jiran sebelah.

* Alhamdulillah diberi jiran yang begitu baik.

Friday, April 6, 2012

Usaha dan tawakkal

Selasa yang lalu, ada temujanji doktor pakar O&G di hospital Serdang. Diikutkan tarikh, genap setahun saya telah mendapat rawatan disitu. Pelik dengan suasana di klinik kerana patients sangat kurang berbanding temujanji saya sebelum ni. Masuk bilik doktor, terus saja doktor Aini minta menstrual bleeding chart. Kata doktor, kitaran period dah cantik dan regular dan doktor cakap sepatutnya bulan ni saya mungkin dah mengandung. Saya tersenyum, dalam hati beribu harapan. Period saya dah lewat tiga hari semasa jumpa doktor. doktor terus minta saya buat upt. tetapi result upt  NEGATIF. Dalam hati berdoa agar sentiasa diberi kekuatan untuk mengharungi penantian hari-hari yang akan datang

So, doktor bagi masa untuk saya seminggu utk buat UPT kembali. Doktor scan, still tak nampak apa-apa. After scan tu, saya bertanya doktor Aini apa masalah saya yang sebenarnya. Doktor hanya terangkan mengikut diagnos sebelum ni saya mengalami PCOS (Polycystic Ovary Syndrome), tapi kebiasaannya seseorang yang mengalami PCOS mempunyai berat badan berlebihan, bulu roma yang melampau. Namun semua saya tak mengalami semua tu. Alhamdulillah.

Saya juga tidak menghadapi masalah senggugut sewaktu period. Ujian darah dibuat, hormon progestron dalam badan saya sedikit rendah. Itu sebabnya saya dibekalkan clomid. After pengambilan clomid untuk bulan pertama, saya perlu lalui ujian darah (dah 4 kali buat ujian darah) sekali lagi bagi mengukur samada dos yang diberikan membekalkan hormon yang mencukupi untuk badan saya.

Keputusan ujian darah menunjukkan dengan dos yang diberikan telah mencukupi. Doktor bagi tempoh masa selama seminggu, if  UPT -ve and still tak period, doktor minta saya induce period. Terpaksa la makan norculate balik. Then, bila period saya kena sambung balik makan clomid pada hari kedua period hingga hari keenam. Dan hari kesebelas period pula doktor minta saya ke hospital untuk follicular tracking (senang utk faham ialah utk mengesan kehadiran telur/ovum). Sekiranya kewujudannya masih tiada, tracking akan diteruskan untuk hari berikutnya samada hari ke-12, ke-13 atau ke-14 dan mungkin juga akan berlarutan hingga hari ke-16.  Habislah kena godek-godek. hahahahah..Tak apa lah nak godek banyak mana pun, asal ada hasil yang positif nanti. Ini lah namanya berkorban apa saja. Yang penting usaha dan semoga dengan usaha ini Allah akan memakbulkan keinginan saya untuk menjadi seorang ibu dan suami seorang ayah. Amin.. 

Doktor Aini juga cadangkan saya gunakan ovulation test untuk kesan sendiri kehadiran ovum tu dirumah. Sebelum ni, saya pernah gunakan ovulation test tu dan pernah menulis entri tentang ovulation test tu, namun mungkin waktu tu saya masih irregular period, so, memang tak berjaya nak mengesannya. Balik dari hospital hari tu, terus ke Alamanda dan beli UPT serta Ovulation test. Excited tu bukan main lagi sampai ke Alamanda mencarinya. Tapi ke sana tu bukan semata-mata nak beli alah tu, sebabnya janji nak ambil tudung dengan kawan. Kiranya dua dlm satu la. Tapi kalau tak ke Alamanda pun, saya akan still akan beli UPT dan Ovulation Test tu. Mana-mana pun usaha lah yang paling penting, rela berhabis duit, rela bersakit (mengurut..hehehe), rela menelan rasa pahit ubat, rela biarkan lengan dicucuk untuk ujian darah, rela segala-galanya kerana kerisauan melanda bila usia perkahwinan akan menjangkau 2 tahun pada 10 Jun nanti.  Keinginan hati membuak-buak untuk punya cahaya mata dan penyeri kepada perkahwinan kami.

Doakan semoga dengan usaha saya ini ianya akan membuahkan hasil. Amin. Mungkin belum cukup dengan usaha ini, saya perlu berusaha lagi dan tak lupa bertawakkal padaNya. Pada kawan-kawan yang mengalami perkara sama seperti saya (masih menunggu kehadiran cahaya mata), hanya kita yang cukup mengerti perasaan tika ini. Sama-sama kita berusaha. Berpeganglah, Allah menguji seseorang mengikut kemampuan kita. Dia Yang Maha Mengetahui dan Penentu Segalanya.


Saturday, March 31, 2012

Masalah Lagi!!

Sejak makan clomid dan duphaston sejenis ubat hormon yang doktor bagi, berlumba-lumba pula jerawat naik kat muka ni. Badan mengembang dah satu hal jerawat plak menambahkan lagi satu hal. 

Semua solutions yang kawan-kawan bagi, selagi mampu dan senang utk dicuba, saya cuba. Tapi jerawat still degil. Tak surut lagi yang satu ni, yang lain dah menunggu turn untuk membesar. Dah la meniggalkan parut hitam even sedikit pun jerawat tu tak disentuh. En. suami belikan bio oil utk hilang kan parut, tapi mungkin disebabkan minyak, jerawat masih juga nak muncul. 

2 kali ke spa, satu shah alam, dan satu di bangi, Alhamdulillah parut tu makin b"kurangan, but jerawat masih lagi mau keluar. Pn. Zue, cadangkan minyak T-tree dr body shop, bila jerwat muncul, terus sapu minyak tu, t"bantut la skit proses jerawat tu nak membesar. Tapi jerawat tetap juga keluar kt merata-merata dimuka saya yang sebelum ni licin dan gebu ni. (^_^). Sebelum ni, di pipi sebelah kiri, now ianya menyerang di sebelah pipi kanan pula, di rahang kedua-dua pipi dan juga di tengah-tengah dahi. Oh, sungguh merunsingkan dan memeningkan kepala saya. Pergi kenduri, atau jumpa sedara mara, kawan-kawan lama, semua naik heran dengan muka saya ni. 

En. suami pula dah nampak yang isterinya ni dah mula stress n risau. Pada saya dia yang terlebih risau dengan masalah saya. Saya gemuk dia tak kisah, muka saya naik jerawat, saya nampak dia tersangat kisah. Fuhh, lagi stress saya dibuatnya. Hahahaaa..

Dua tiga hari lepas dia dah sarankan supaya saya stop untuk pakai facial cleanser, pelembab, dan segala benda la yang saya tepek di muka nih. Dan dia cadangkan supaya saya sapu kulit kayu manis. Mau terbeliak biji mata bini nya ni. Memang saya dah sedia maklum dengan petua tu, tapi saya rasa mesti ianya cukup memedihkan bila disapu air kulit kayu manis tu. Jawapan saya ringkas saja "ee, tak berani la..nanti pedih". Then, dia mula ceritaka pengalamannya yang pernah jatuh motor waktu sekolah dulu, dan air itulah yang MIL sapu kat sebelah kanan mukanya yang sedikit rabak tergesek dijalan raya. Then, memang ajaib, sebab saya belek punya belek, tak ade sikit pun bekas parut tersebut.

Tapi hingga hari ni, saya masih berkira-kira untuk gunakan petua tu. Pada saya, itu untuk luka, tapi masalah saya ialah jerawat. Kan tak pasal-pasal makin teruk pula jadinya. So, apa pendapat kawan-kawan? ada petua lain tak untuk saya. Yang pasti u all dah try la petua tu n hasilnya ok. Baru saya ada kompiden sikit mahu cuba. ekekekek..

Wednesday, March 28, 2012

Malu

hari ni after bayar bil telefon maxis centre jusco taman equine, ada suara menegur dari belakang. saya cuba ingat balik siapa gerangan orang tersebut, seorang lelaki dalam lingkungan 50 tahun, rambut beruban. bila diamati betul-betul, rupanya cikgu tuisyen masa saya nak ambik SPM dulu. cikgu tu tak mengajar saya, tapi dialah bos kat tuisyen. Agak tak percaya dapat jumpa cikgu di sini. 

Mungkin cikgu saya dah faham apa yang saya fikir. terus je cikgu jelaskan dia datang sebab ada hal di putrajaya. saya bersalam dengan isteri cikgu. cikgu saya tu memang gamble dan spoting orangnya. bila bercakap "aku" "mung" sahaja. saya, tak delah ber "aku" "mung" dgn cikgu. Tapi kami berbisingan la  kat depan maixs centre tu. saya ni kat dulu kat sekolah pendiam je orangnya, tapi kat tuisyen memang bising n ligat sikit. 

biasalah kan, bila dah jumpa cikgu, pasti soklan "skrg keje apa?" akan jd soklan wajib. saya malu-malu cakap saya seorang cikgu. Why saya malu? sebab kat tuisyen tu, cikgu tu memang kenal saya hantu ponteng. Biasa lah, tuisyen kadang-kadang padat jadualnya bila ada kelas ganti. Biasanya 8.00 pg - 10.00 pg, 10.30 pg - 12.30 tghr, sambung lagi jam 2.00 - 4.00. Biasanya waktu kelas macam ni saya dengan kawan-kawan yang tak tuisyen ni akan pegi ronda-ronda bandar kota bharu tak pun kuala terengganu. Mak hantar depan tempat tuisyen, saya akan masuk kedai runcit kat situ. Buat-buat beli air kotak milo. bila orang lain berasak-asak masuk kelas, saya masih rilek belakang kedai buat-buat pilih buku nota. dan saya tahu, around 8.15-8.30, cikgu akan turun cek mana-mana pelajar yang tak masuk kelas lagi. 

so, after cikgu beredar, saya cepat-cepat ke bus station n naik bas then buat-buat baca majalah Kononya nak tutup muka. pernah satu ketika tu, cikgu tu ketuk cermin bas tempat saya duduk n minta saya turun. waktu tu tuhan saja tahu betapa malu rasanya. kawan-kawan yang lain gelakkan saya. saya mula cari alasan, kononnya nak g HUSM sebab ada kawan masuk wad sebab demam denggi. Masa tu cikgu ugut nak call mak saya. jadi saya mengalah dan dengan tersipu-sipu malu masuk balik kelas matematik waktu tu. Masa tu terfikir "suka hati lah aku nak g mana pun, yuran tuisyen kan dah bayar, jd terpulanglah nak masuk kelas ke tak'' .

Bila cikgu cakap pada isterinya saya ni ratu ponteng dah jadi cikgu kaunseling. Memang rasa kebas sangat muka ni. Malu sangat-sangat. Rasa sangat berterima kasih  kepada cikgu sebab terlalu cakna dengan pelajar-pelajarnya even pelajar tuisyen sahaja. Kerana peristiwa tu juga lah, saya dah kurang ponteng sebab cikgu tu akan cek samada saya ada dalam kelas ke tak. Malu sangat bila cikgu buka pintu kelas je "yusmi suhana ada?" . Memang sangat berterima kasih kepada cikgu-cikgu saya yang membimbing saya hingga saya jd seorang manusia yg mampu berjasa pada agama, bangsa dan negara.Insyaallah..

*rasa sangat best dapat belanja cikgu makan, kalau boleh nak cari balik cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu dari cikgu tadika hingga pensyarah di universiti. Sentiasa mendoakan cikgu-cikgu saya dirahmati dan dilindungi oleh-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...