Saturday, July 23, 2011

Produktiflah...!!!

After bace entri daripada coursemate saya, Diela Zaimi, saya juga kini turut merasai apa yang beliau rasai. Tapi tak  pe diela, kita usaha lagi dan berdoa kepadaNya. Ingat, Allah tak pernah tidur, jadi Dia sentiasa melihat dan mendengar apa yang hamba Nya inginkan. 

Tapi entri ni bukan untuk berkongsi cerita yang sama, cuma ianya berkaitan kawan-kawan di sekolah saya yang begitu produktif. Sehinggakan kadang-kadang rasa sedikit kecewa, cemburu, malu dan sebagainya. Mana taknya, bermula je bulan januari, sorang cikgu india dapat baby girl, kemudian diikuti bulan febuari, mac dan berikutnya. Pokoknya setiap bulan ade je yang melahirkan baby. 

Dan ibu-ibu preggy semakin bertambah dan tahun produktif ini akan berlanjutan ke tahun hadapan. Jika dikira-kira tak silapnya semua 5 orang yang dah bersalin utk tahun ini dan masih ade 9 orang lagi sedang menunggu kelahiran baby.  Minggu ini sahaja ade dua cikgu di sekolah di sahkan hamil. Tambah lagi seorang kerani, tapi belum confirm sebab beliau belum membuat UPT. But tanda-tanda awal mula dirasai oleh beliau. Dan Minggu ini juga kawan sebilik saya dan bersebelahan meja saya pula disahkan hamil.Harap-harap ianya berjangkit untuk saya pula. Heheheh

Kadang-kadang timbul rasa malu, saya yang masih muda belum ada apa-apa lagi. Tapi akak-akak kat sekolah, ada yang hampir mencecah 40thn dikurniakan rezeki dari-Nya. Ini lah yang dinamakan rezeki kan.Dan Dia sememangnya Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya. 

Tempat saya berkongsi rasa adalah Thulasi, juga mengalami perkara yang sama seperti saya. Beliau kawin awal sebulan daripada saya iaitu bulan Mei 2010. Bila ade je berita tentang cikgu preggy, cepat-cepat Thulasi akan naik ke bilik saya. Melahirkan rasa sedih dan soalan yang selalu keluar daripada mulutnya 
"bila kita pula ni su?". 
Saya pasti akan menenangkan hati nya walaupun hati saya turut gundah gulana.  "Tak pe Thulasi, adelah rezeki tu. Tuhan pasti tahu apa yang ditentukan untuk kita. Thulasi ade tuhan Thulasi, berdoa lah dengan dia." .Kadang-kadang soalan yang ditanya tu sambil mengalirkan air matanya. Saya kuatkan hati agar saya tidak turut menitiskan air mata didepannya agar beliau rasa beliau masih punya saya untuk meniup semangatnya.

Pada saya, saya cukup bersyukur mendapat rakan-rakan di sekolah yang pada saya agak peka dengan sensitiviti isteri-isteri seperti saya. Mereka-mereka sentiasa memberi semangat untuk saya. Alhamdulillah. Cuma orang-orang diseliling like kawan-kawan lama yang sentiasa bertanya. Termasuk saudara mara. Bertanya dengan baik, bukan masalah buat saya. Tapi, bila bertanya dengan mencebik muka, dengan ayat-ayat yang sensitif seperti "eh, ko ni, tak pandailah" dan pernah juga yang cakap "ish..salah masuk gol ke??'' terkedu juga hati ini. Tak sedarkah beliau itu semua kuasa Allah. Tapi tak pelah, semoga perasaan berkecil hati ini hilang ditelan masa sahaja. Tak mau fikir..Abaikan.

Sekian saja entri malam ini, sekadar menghilangkan rasa ke'boring'an. Semoga selepas ini Yusmi Suhana Yusoff dan Zarmiza Zakaria turut dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut merasai perasaan menjadi seorang ibu dan ayah. Aminn.

Wednesday, July 20, 2011

Makan Maggie Mentah

Assalamualaikum..

Hai, hai, hai…pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kita ni ye. Jadi, sebagai umat islam, adalah wajib untuk menunaikan rukun islam yang ketiga itu.

Kemeriahan bulan Ramadhan sudah mula dirasai. Di tv-tv pula, iklan-iklan buah kurma semakin rancak diiklankan. Jadi semakin hamper ke bulan puasa, saya semakin dihantui peristiwa-peristiwa yang membuatkan kadang-kadang saya tersenyum bila diingat balik.

Ini adalah kenangan masa kecik-kecik dulu. Ha, korang pernah cikelat puasa tak masa kanak-kanak dulu. saya budak baik, tak pernah cikelat masa puasa. Sebabnya dulu kalau tak puasa penuh, ia adalah sesuatu perkara yang cukup memalukan, duit raya akan dapat ciput je berbanding orang lain. Dan bila tak puasa penuh juga, boleh dikatakan seminggu raya pun ejekan-ejekan jelik dari kawan-kawan, sepupu sepapat membuatkan saya nekad berpuasa penuh ketika kanak-kanak dulu.

Tapi, masih saya ingat waktu tu saya darjah dua, saya ditipu bulat-bulat oleh abang saya membuatkan saya telah tercikelat daripada puasa. (ceh tak nak ngaku, padahal imam tak kuat =_=). Seingat saya juga, waktu tu hanya tinggal dua atau tiga hari je lagi nak raya. Pokoknya, kalu saya tak ditipu waktu tu, pastinya saya puasa penuh tika itu. Waktu tu juga, baju raya, kasut raya dan semua berkaitan raya sudah di beli oleh abah dan ma tercinta.

Alkisahnya, dah hampir nak raya, semua sepupu sepapat sudah berada di rumah nenek yang bersebelahan saja dengan rumah saya. So, bila ramai-ramai berkumpul, saya seronok la melepak di rumah nenek saya (kecik-kecik dh pandai lepak oo). Seingat waktu tu kami beramai-ramai (lelaki + perempuan) sedang bermain nyorok-nyorok dalam satu bilik di rumah nenek. After main, mula lah penat, rasa dahaga dan rasa lapar. Maklumlah puasa. Dan tetiba, saya punya kazen ( 7 tahun) yang tak puasa telah mengeluarkan mee maggie, bukan mammie ok. Direnyuk-renyuk maggie tu dan dimasukkan perencahnya lalu dimakan dengan sedapnya. (makan mentah-mentah, ini perkara biasa masa saya kanak-kanak)

Jadi, saya yang melihat mula meliur-liur (tipu lagi) nak juga maggie tu. So, kazen-kazen saya yang lain ada yg umur bawah dari saya, sebaya saya mula berebut-rebut menyeluk ke dalam plastik maggie tu. Mereka makan bersama-sama, sedangkan saya hanya melihat mereka menjilat-jilat perencah dijari mereka. Betapa laparnya mereka. Hahahaha.

Kemudian satu pek maggie lagi dikeluarkan. Waktu tu abang (11 tahun) saya , mula menghasut saya. Dan pakatan mula berlaku bila kazen saya (12 tahun) juga mula menghasut saya.

 ”eh, sue, mung tak nak makan ke ?”
”tak nak la...nanti ma marah ”
‘eh, makan je lah…aku tak kan cakap kt ma pun’
saya menggelengkan kepala.
‘wey, makan la..aku tak cakapnya kat ma…makan..sedap tu..abih nanti kan’
‘ sungguh ke mung tak cakap kat ma’ (mula terpengaruh)
”sungguh...”

Tapi waktu tu aku masih was-was sebab adik bawah aku-eg (umur 6 tahun) pun ada di situ. Kiranya adik aku tu dah batal puasanya sebab dia dah join makan sekali maggie tu.

”nanti eg cakap kat ma’
’eg..mung jgn cakap kat ma...kekgi ma tak bagi duit raya ’ arah abang saya tu pada eg.

Eg, yang patuh, hanya menganggukkan kepalanya.

So, saya apa lagi..mulalah membukakan puasa saya pada hari tersebut.

Dipendekkan cerita, balik je rumah, saya dan eg di marah-marah oleh ma kami. Nasib baik waktu tu abah tak de kat rumah. Ma tahu yang kami tak puasa. Rupanya janji abang saya tu tadi hanya nak kenakan kami berdua. Ma aku tak de marah sangat dengan si eg. Mungkin waktu tu dia kecik comel lagi.

Dengan saya, emak marah bukan main, juga mula mengugut nak hantar balik kasut raya yang sememangnya saya diberi penghormatan untuk memilih kasut itu sendiri. Ma, dengan beriya-iya menyakan kasut tu akan dhantar petang tu juga. Saya mula menangis, eg juga menangis. Dan waktu tu saya nampak abang terjojol dipintu biliknya sambil tersengih-sengih dengan gigi nya yang besar pada kami. Dan hingga waktu ini aku masih terbayang muka jahat abang aku tu. Geram je. Rasa nak terajang pun ada. Hahahahah

Itulah serba sedikit kenangan kecik-kecik dulu. Dulu puasa sebab nak duit raya, baju raya dan sebagainya. Sekarang tak de nya nak dapat duit raya. Dah tua bangka dah. Hahahah. Tapi rupa-rupanya syok sangat dapat bagi duit raya kat budak-budak nih, tengok diaorang yang excited. Kadang-kadang depan-depan kita je terus dibuka angpau yang kita bagi tu. Sekian dulu lah entri yang panjang berjela nih. 

Monday, July 11, 2011

Tak ade motif pun!!!

Assalamualaikum..

Pagi yang indah, cuaca yang sejuk membuatkan saya teramat rindukan tilam, selimut, bantal dan bantal peluk saya itu. Semuanya empuk-empuk. Ohw, tilam…datanglah..

Hurm, rasanya macam tak puas je tido malam tadi. Sapa suruh kau pejam celik pejam celik je. Dari jam 11 masuk bilik, rasenya jam 12.30 pun saya masih belum lelap. Sebabnya sempat lagi wish birthday buat kazen saya.

Tapi waktu tergolek sana-tergolek sini, orang disebelah saya pula sibuk menyanyi lagu yang kurang berirama. Sekali saya cuit. Sekali beliau diam, kemudian beliau menyanyi lagi. Penat betul beliau. Sebab sebelum ni, sepanjang saya kawin, dan berada disebelah belaiau, tak pernah saya dengar beliau menyanyi bagai radio buruk itu. Maklumlah malam sebelumnya beliau kerja malam. Dan esoknya bila syok beliau tido, belum pun jam sampai 11  pagi, bini nya pula jeles menegok suaminya tido. Sibuk kejutkan en.suami.

Dan sememangnya saya tahu, beliau bukan orang yang liat untuk dikejutkan. Belum pun saya sempat melunakkan suara “abang, bangun..” beliau dah celikkan mata (tipu). Tapi serius saya cakap, cukup sekali saya kejut, beliau akan buka mata dan senyum buat si isterinya. Itu sebenarnya yang membuatkan cik isteri suka sangat kejutkan beliau. Tapi bila en.suami kejutkan cik isteri, pasti si isteri akan cakap. “ala..kejap lagi syg bgn ok” dan dengan ayat pemujuk hati suami “nanti syg msk spesel2 utk abg, abg nk mkn apa? Bg syg tidur skjp je lagi ye.”

Kakak saya cakap saya tidak senonoh. Sebagai isteri sepatutnya bangun lebih awal dari suami. Biar suami tak tengok rupa kita tengah tidur, dan rupa bangun dari tidur dengan rambut bagaikan singa (tagline iklan dove). Ish, malu saya bila kakak saya menyatakan perkara itu. Tapi adakah kamu-kamu semua, setelah berkahwin, suami kamu tak pernah tengok muka kamu bangun dari tidur ya. Atau saya saja yang sedemikian rupa. Hihihi. Saya sangat salute la if kamu boleh cover waktu bangun tidur kamu. Atau bangun je dari tidur, terus melompat ke meja solek, tanpa gosok gigi, tepek bedak, blusher, mascara dan lipstik bagai kat muka tu. Uh, caya la babe !!!  

Dan sehingga ke saat ini, saya masih terfikir-fikir, adakah suami kakak saya tak pernah tengok rupa kakak saya bangun dari tidur ?. Kompius den. Tapi semamangnya, if kat kampung kakak saya adalah morning person. Dialah yang akan sediakan sarapan pagi untuk semua. Dan saya ?? bangun, mandi dan terus mengadap meja makan. Basuh pinggan ?? tak juga. Semua tu akan diuruskan oleh kak yen, pembantu rumah. Saya memang naik lemak bila berada di kampung. Tapi kalau di rumah mak mentua, mati kena sembelih dengan emak saya sekiranya anak manisnya ini bersikap sedemikian rupa di rumah mak mertua. Nampak sangat saya sangat hipokrit. Hipokrit ini perlu mengikut tempat ok. Tak kan duk umah mak mertua, nak buat perangai busuk itu. Jagalah nama suami saya, dan juga nama saya dan family saya juga.

So, sekian sajala entri yang tak bermotif hari ini. Terima kasih sudi membacanya. (“,)

Saturday, July 9, 2011

Saya Dapat Baju "KUNING"

Assalamualaikum semua..

Wow, tajuk entri hari ni agak panas. Maklumlah keadaan skrg sangat sensitif tentang "kuning".

Tapi petang semalam, after balik sekolah, saya ternampak satu plastik beg berisi sesuatu. Tapi saya tak hiraukan apa benda di dalam tu.Sebab saya tahun itu adalah barang en.suami.

Dan Petang tu juga, en.suami bukakan plastik tersebut, dan menghulurkan sehelai baju kuning untuk saya. wahh, memang cik isteri ini suka bangat dengan baju tu...



satu untu en.hubby, satu buat cik wifey

inilah baju saya

Thanks buat en.suami. Beliau amat memahami wifey nya ni suka layan bola. Memang beribu-ribu like la dengan baju tu. Dan untuk pengetahuan semua, entri ini tak de kaitan dengan BERSIH ok.

*doakan semoga negara kita terus aman dan damai. dtg sekolah tadi jammed gila-gila. Harap semuanya akan ok nanti. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...