Wednesday, March 30, 2011

~ Nak cantik juga lah ~

Assalamualaikum...

Hey u alls...bertemu kembali utk kali kedua di hari rabu. Hari ni aku berpeluang bermaharajalela dengan laptop ni tanpa gangguan daripada en.suami.

Humm, jika kamu-kamu semua tengok rata-rata fesyen sekarang, ramai yang suka pakai shawl. Kadang-kadang teringin juga nak pakai shawl sebegitu. Tapi my muka ni tak secantik diaorang yang sakan berfesyen dengan shawl seperti FatinLiyana, YuyuZulaikha dan NurulBadiah Lai. Huh, aku jeles tengok korang sangat pandai berfesyen. ahaks.....

Bila tengok cara diaorang semua tu, adelah aku try jugalah bergaya dengan shawl sebegitu. But my muka sangatlah bulat jadinya. Kalo dibandingkan dengan bola..sure org tak leh bezakan mana bola dan mana muka ku ini. Kah2..(Dashyatnye perbandingan ni) Kesian muka i ni. But i still cute n comel la walaupun muka bulat cam bola.

Oleh kerana ketidakpandaian untuk melilit-lilit tudung tersebut, aku lebih prefer kembali ke landasan dengan memakai tudung ala-ala Ekin Mawi tu. Senang dan cepat. Tambah-tambah time nak g keje, ambil, pakai dan pin kan saja. Sangat menjimatkan masa aku. Dan memperasankan diri secantik Ekin (kah3...). Tapi apa-apa pun aku cuba juga belaja melilit-lilit shawl drpd video2 yang ada di you tube dan daripada entri-entri rakan blogger. Time nak g dating dihujung minggu ngn en.suami, boleh le ambik mase untuk melilit-lilit shawl tersebut. Mana-mana yang masih nak belaja pakai shawl ala-ala siti, Hana Tajima, jenguk-jenguklah blog FatinLiyana, Yuyu Zulaikha dan NurulBadiah Lai. Banyak perkongsian yang diaorg buat di entri diaorang. Sekian.

~ Disebalik Pemberian itu ~

As Salam semua..

Hai, me nak tanya ade ke sesapa kat sini yang tak suka bila dapat hadiah. Sila angkat tangan. Dan Pernah tak kamu-kamu semua dapat sesuatu daripada seseorang disebabkan oleh sesuatu. Contoh ler Birthday kamu, kamu dapat banyak hadiah and yang penting dapat spesel hadiah dari insan-insan tersayang. Thats normal la kan. Sapa tak suka bila dapat hadiah.

Tapi kes me ni sangatlah berbeza, tanpa hujan dan ribut, tanpa birthday date or spesel date, me dapat hadiah daripada en.suami. Terkejut gak beb. Tapi hadiah ni me dapat bulan Januari lepas. Hadiahnye bukan emas permata, intan berlian, (Nampak sangat mata ni hanya berminat pada yang berkilau-kilauan…omg) but dapat enset baru. Thanks en.zarmiza.

But, baru dua tiga minggu lepas me dapat tahu kenapa dia belikan me enset tu. Rupa-rupanya dia tak mau me mengganggu konsentrasinya bermain game di FB. Uhuk, hantu game betul en.suami me tu kan. Dan sememangnya sejak me ada enset tu, me sgtlah tidak berpeluang membuka FB me di lappy and my frenz pun dah ssh nak tengok kelibat me kt room chat tu. So, secara tidak langsung, me juga terhalang untuk berblog (Aha..satu alasan baru). Bila aku nak guna laptop tu, sure en.suami akan cakap

“ala, xde gunalah abg belikn enset baru tu, bayar monthly bill lagi..tepi-tepi abg nak main game nih.”

“susahlah nk update blog kat enset tu”

“tapi boleh kan”

Uhuk, tengok la, tak nak bagi peluang langsung. Memang la boleh, tapi mataku yang cantik bundar ini (sila jangan muntah), akan bertukar jadi sepet dan akan bertambah rabun. (relevan ke alasan ini??).

So, sesapa yang dapat hadiah tanpa sebarang sebab, berhati-hatilah, pasti ada udang di sebalik mee kamu tu. Bukan apa, me risau u all tercekik dengan udang tu nanti. Ahak..sekian untuk hari ni.


p/s : sesaja merapu di pagi hari rabu..:)

Tuesday, March 29, 2011

~ Pemandu Wanita Berbahaya?? ~

Assalamualaikum u olls...

Ha, pagi-pagi tadi aku dengar kecoh kat Hot FM pasal isu wanita adalah pemandu berbahaya. Fafau, FBI dan Ag hanya mengulas isu yg dikeluarkan kat Utusan Online dan bukan diaorang sengaja nak mengapi-apikan isu ni. Nak tergelak aku dengar bila FBI cakap pernah tengok si wanita-wanita ini bermekup guna cermin pandang belakang kat trafic light. Sebab apa aku nak tergelak, sebab aku pernah buat, TAPI bukan kt trafic light, hanya di tempat parking dan bukan bermekup bagai la, just pakai lipstik je lor. Jom kita tengok isu tu :

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

____________________________________________________________________

So, apa pendapat kamu semua. Apakah kamu setuju dengan isu ini??.

Friday, March 11, 2011

~ Terlupa Yang Lama, Terpaksa Buat Yang Baru ~

Assalamualaikum semua... selamat pagi..

Ada ceria ke ini pagi? Semua ceria kan coz ari ni dah jumaat so...esok cuti dan pergi beronggeng la a.k.a jalan-jalan. Or ade yang lebih ceria ke???..menang RM 1000.00 segmen WAK AG JANGAN NYANYI...hi3

Untuk dua tiga hari ini, aku tak dapat nak update blog ni sebab sibuk duk membikinkan blog baru. Tapi bukan my personal blog, but blog tu untuk sekolah. Untuk blog Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Memandangkan aku lebih arif sikit la bab-bab berbelog ni, so, menjadi tugas aku untuk bina blog tersebut. Anyway, i like la. Bab-bab bina-membina, cantik-mencantikkan kan ni, tulis-menulis ni aku agak suka juga la nak membuatnya. Yang paling penting kepuasan tu bila nampak blog tu sangat kemas dan cantik.

Untuk makluman semua, tahun lepas aku dan bina blog tu, tapi tak tahu camane la boleh terlupa id dan password nak log in. Maklumlah setahun sekali mengupdatenya. Haha. Bila time Nazir nak datang, mula la gelabah nak update blog tu. Ceh, Padahal nazir tu bila-bila masa je boleh intai blog tu. Dah boleh tahu cikgunya rajin ke tak. Bukan malas la en.nazir , but banyak lagi kerja lain yang perlu diutamakan.

So, apabila id dan password tu aku lupa, sampai ke sudah aku tak ingat, terpaksa lah aku merangkak balik buka blog baru. Humm, itulah yang agak busy sikit la. Oklah, kalau korang rase nak tengok camane rumah yang i bina tu datanglah melawat yer..[Klik] dini untuk blog lama dan [Klik] sini untuk blog yang baru di bina. Masih panas lagi nih. Hahah..sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...