Tuesday, March 20, 2012

GPS atau Google Maps

Hurm, sebut pasal GPS, sure kebanyakkan orang dah pakai alah tu sekarang ni. Saya lak bukan antara pengguna GPS. Kalau kena pegi meting or kursus ke mana-mana tempat yang saya kurang tahu, saya akan google maps saja. Dan Alhamdulillah, stakat guna google maps, tak penah pula tersesat.

Dua tiga hari lepas dalam kosmo, ade berita pasal 3 orang pelajar jepun terkandas di tengah laut kerana GPS.  tiga pelancong itu terpedaya dengan maklumat daripada sistem penentu kedudukan global (GPS).Mereka percaya kereta tersebut dapat melalui laluan berlumpur sepanjang 15 kilometer  ke Pulau Stradbroke Utara berdasarkan maklumat GPS. Namun, kereta itu yang dinaiki pelajar dari Tokyo, Jepun terkandas dalam lumpur. Ketiga-tiga pelajar tersebut terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan kereta berkenaan kerana air laut mula pasang

Namun semalam, benda yang lebih kurang sama jadi kat aku. Tapi tak de lah masuk laut. Pegi je sekolah, kerani cakap saya perlu menghadiri mesyuarat di Pandamaran, Port Klang. Oleh kerana tak menyepat untuk google maps dan kebetulan pula abang saya tertinggal GPS nya di kereta, so memang bergunalah GPS tu untuk hari tersebut. NAsib baik meting jam 9.00 pagi.

Dah nak sampai area Pandamaran, tersilap exit pula. Apa lagi bising la GPS tu. So, driver yang akur ni mengikut arahan GPS tu untuk kembali ke jalan asal. Ikut punya ikut, aku dah rasa lain macam, dah bawak masuk belakang bangunan, dan tetiba sampai tempat buang sampah.

aku stopkan kereta dan GPS tu masih bising dengan arahan "turn left, turn left". Tapi bila direnung-renung macam ada bekas laluan, tapi lebih kepada laluan motor. Aku tak teruskan, aku patah balik jalan yang aku masuk tadi dan kemudian berhenti di sebuah gerai tepi jalan. bertanya pada seorang mak cik tu untuk ke tempat mesyuarat tu. dan sebelum masuk kereta, sempat aku tanya mak cik tu tentang jalan belakang bangunan tu. Mak cik tu cakap "eh, ada jalan ke kat belakang tu". Tersenyum dan berfikir sendiri, kalau  terus ikut arahan GPS tu, sama ada betul akan keluar ke jalan utama atau aku akan turut terkandas cam pelajar jepun tu. (o,O)

Now, masih terfikir-fikir, aku yang tak tau guna GPS tu, atau memang GPS tu sesuka hati dan sesedap rasa je bagi arahan. Esok akan meting lagi di shah alam. Rasanya dah tahu tempat tu. Tapi masih seach melalui google maps, GPS tu simpan dalam board je lah. hehehehe

Monday, January 9, 2012

BaRu

assalamualaikum...

Wah, dah berhari2 tahu baru berlalu, baru lah update blog..follower2 pun dah lari lintang pukang sebab masuk-masuk je, xde entri baru..

So, sempena tahun 2012, tak terlambat diucapkan selamat tahun baru, pastinya ada azam baru, nak rumah baru, kereta baru, kasut baru, baju baru, pendek kata semuannya nak baru kan..cuma blog ni je tak juga baru. eheh.

Pada tahun baru ni, saya juga masih mengharapkan kehadiran "orang baru".dan  Semestinya tahun ni saya di sekolah baru, tapi mood masih tak juga baru. even dah dekat dengan rumah baru, saya perlu sesuaikan diri dengan suasana di sekolah baru..dan berhari-hari di situ, mood masih juga tak baru..kenapa? Kita cerita dilembaran baru la ye..heheheheheheh

Sekian ..
*please, en.suami, nak laptop baru....!!!!

Tuesday, November 15, 2011

Buah Zuriat

Assalamualaikum..

Wah lama sungguh tak bergolek-golek di blog ni. Hurm, nak share dgn semua tentang cite lama tapi baru nak cite..

Ini Kisah buah zuriat yg kakak kerani sekolah bagi kat aku. Sebenarnya aku tak tahu pun apa tu buah zuriat. Sebelum ni terbaca kat blog pn diela. Tapi tu pun baca sambil buntang mata sebab ter "excited" la, tak pernah tgk buah tu, macam pelik rupanya. Buah tu tak de kat sini, khabarnya buah tersebut datang dari Mekah.

Fungsi buah tu lak, untuk suami isteri yang dalam berusaha nak dapatkan baby. Kiranya dah lama kawin, tapi masih belum ada hasil, boleh la try buah ni. Itulah namanya buah zuriat kot (ini hipotesis sendiri). Kalau nak tahu lebih detailnya sila ke blog pn.diela. (^,^)

So, after akak tu bg buah tu kat aku. Aku tak tau cara nak makan buah tu. Maka pegi lah aku godek2 balik blog pn.diela dan sms dia bertanya kan hal tu. Then bila dah jelas lagi terang en. Suami memulakan prosesnya.

Ya Allah, memang susah nak kerjakan buah tu. Kerasnya mengalahkan segala buah la. Dia macam buah kelapa, tapi kecik. Bersabut dan juga ada tempurung. Ketung Ketang ketung ketang aku dengar en.suami duk kerjakan buah tu. Sekali dengar macam orang nak renovate rumah je. Dalam setengah jam juga lah dikerjakan baru terbelah buah tu. Masa tu aku terlupa pula nak ambik gambar.Dah siap dibelah baru teringat nak ambik gambar. 
Setelah dikerjakan oleh en.suami


Then bila dah dapat isinya yg kat dalam en.suami dah tak tahu nak ketuk camane nak bagi terbelah. Puas diketuk, tak juga tak terbelah. Katanya "rebus sebiji cam ni jela.." So, aku sms lagi kat diela bertanya, boleh ke direbus cam gitu. Baik betul kan aku ni. Lurus. Hahaha..Diela, cakap try belah juga. 
En.suami waktu tu tengah mandi, so aku ambik turn mencuba. Baru teringat lesung di dapur, so, abih lah buah tu aku kerjakan dan hasilnya : 
Biji dalam (putih2 tu sebab dikikis kulitnya oleh en.suami kerana x berjaya belah biji ni)

setelah terbelah

ini yang akan direbus

Setelah direbus, air nya seakan-akan air teh
alat yang digunakan

Korang mesti teruja nak tahu apa rasa air tu. Mula-mula belah buah zuriat tu, memang baunya agak kuat, seolah-oleh bau herba. Ngeri bila difikirkan bagaimana rasanya setelah direbus. Namun, tak seperti yang dijangka, bila direbus, bau yang ada tadi hilang dan air tu rasa sedikit manis dan pendek kata sedap juga lah.


Ok, itu sahaja yang dapat dikongsikan, beribu maaf buat pn.zue zul dah lama kot menunggu entri ni. Ahaks. kakak u ni buat pekasam la dalam outbox. Anyway kita mencuba, kita usaha, segalanya ditentukan olehNya yang Maha Berkuasa. Jadi jangan kita lupa untuk sentiasa memohon dariNya kerana Dia juga Yang Maha Pemurah.


Sunday, October 23, 2011

Bela Diri

Hai, lama nya tak mengupdate blog. Actually banyak entri kat dalam inbox, tapi semuanya sekerat-sekerat jalan je cerita nya. Bila nak continue balik untuk di publish, mood dah hilang nak menyambungkan cerita yg sekerat jalan itu. Walaupun entri tak berupdate, tapi tetap punya masa untuk menerjah blog-blog kawan-kawan saya. Membaca entri yg diupdate bagai KLIA ekspres. Sempat juga meninggalkan dua tiga komen walau sepatah dua words saje dan Sempat juga mengintai kembali balasan komen dari kawan-kawan di atas komen saya.

Ini semuanya sebab sibuk dengan program pasca PMR. Budak dah abih exam, rilek-rilek, tapi cikgunya ni bagai nak tercabut kain nye eh bergerak ke sana ke mari. Sekejap tercongot kat opis, sekejap kat depan komputer, sekejap bilik guru, sekejap kat bilik tayangan, sekejap bilik masakan, sekejap bilik jahitan, sekejap dua kejap ke dewan. Boleh kata  tiga empat kali sehari duk panjat tangga, turun tangga. Bukan setingkat, dua. Empat tingkat beb. Mase tu lah fikir, bestnya dapat jadi spiderman or superman, tak pun supermak, semua leh panjat dan buat laju-laju.

Dan mase cam ni juga lah terfikir, sememangnya patut cikgu bekerja sekerat hari saje yang orang lain duk kepoh-kepoh. "eh, best la jadi cikgu, balik awal, cuti banyak''. Cuba lah jadi cikgu baru cakap best tak jadi cikgu. Sekolah mana yang ada lif, cuba cakap. Kalau cikgu yang ade kelas, macam skolah saya tingkatan lima di aras paling atas (tingkat 4) dan cikgu tu hanya mengajar form 5. Sehari ade enam waktu, tak ke menggigil kepala lutut naik turun tangga. Tambah kelas ganti lagi. Kalau pakai mekup tu, ibaratnya pagi je nampak comey, dan masuk waktu pertama, panjat tangga, muka dah peluh-peluh, minyak-minyak, dan comot-comot. Itu yang jarang sekali kamu-kamu tengok, cikgu jarang yang ade mekup tebal-tebal. Kalau ade pun rasanya hanya beberapa kerat saja. 

Kadang-kadang saya teringin juga nak mekup tebal-tebal, pakai bulu mata palsu bagai, tapi bila fikir, tahannya untuk beberapa minit, baik tak payah, bazir masa, bazir wang saja. Muka bila dah berpeluh, bukan cantik dah, kot-kot dah macam hantu dah. 

So, bila dah penat panjat tangga kat sekolah, waktu yang ada di waktu petang tu lah masa untuk merilekkan diri, rehat, tidur dan sebagainya.Dulu biase petang sempat tulis entri, malam post kan. Tapi sejak dua menjak yang sibuk ni, semua tu tak sempat nak buat. Balik rumah nak buat laporan sesi kaunseling, hujung-hujung tahun ni nak kena buat laporan keseluruhan sesi dan program, nak kena tilik satu-satu setiap program berapa pelajar yang terlibat dan perlu di key in kan dalam sistem. Oh, sungguh cerewet kerja tu. Pastu dengan program-program daripada daerah. Ohh..

eh, eh panjang pula membebel nya. entri ni sememangnya untuk bela diri. Bela diri kenapa entri sudah lama tak berupdate. Hahahaha, sekian.

*Insyaallah pasni akan berupdate blog ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...